<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2214628552956251296\x26blogName\x3d*%5B%5B+Fairytale+To+Happen+%5D%5D*\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://wwwhajahamalinahjl131.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://wwwhajahamalinahjl131.blogspot.com/\x26vt\x3d-7148534026601185569', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
I loVe mY Life
Monday, February 23, 2009 4:37 PM

enjoy the cerpen brunei dari hasil crita Sutrakasih bertajuk

Kasih kita

ENTAH mengapa saat ini Fatin menjadi resah. Adakah kerana memikirkan peperiksaan akhir tahun yang akan bakal ditempuhi atau pun mengenangkan kekasih hati yang jauh di mata. Genaplah sudah tiga tahun Fatin berada di perantauan orang kerana melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di England dalam bidang perakauanan.

Memang sejak kecil lagi Fatin bercita-cita ingin menjadi seorang akauntan. Pada tiga tahun yang lalu, Fatin telah berjanji kepada kedua ibu bapanya untuk membawa kejayaan sekembalinya dari England nanti. Fatin sedaya upaya melakukan yang terbaik walaupun banyak cabaran dan dugaan di dalam menuju kejayaan. Apalagi setelah Fatin terlanjur bercinta dengan jejaka idaman hatinya, Azlan yang dikenalinya sejak lima tahun yang lalu.



Perasaan rindu terhadap keluarga dan kekasihnya sentiasa menebal di sanubari Fatin. Mengapa? Di saat Fatin mermerlukan sokongan moral dari kekasihnya, Azlan seperti melupakannya. Pelbagai alasan yang telah diberikan oleh keluarga Azlan ketika Fatin menghubungi. Persoalan itu lah yang sering bermain difikirannya. Fatin menjadi resah gelisah dan ternyata boleh mengugat konsentrasinya untuk mengulangkaji pelajaran. Mujur ada tiupan semangat dari kedua ibu bapanya. Fatin bertekad tidak akan mensia-siakan penantian yang selama ini akan terjawab biarlah dengan membuahkan hasil yang membagakan.

Di tahun pertama mahupun kedua, Azlan tidak lekang menghubungi Fatin. Malah Azlan sering memberi kata perangsang dan nasihat untuk dijadikan panduan di setiap kali mereka berbicara. Mengapa pula di tahun akhir ini Azlan jarang sekali menghubunginya apalagi segala e-mel yang telah dikirimkan oleh Fatin kepadanya.

Fatin gagahi juga untuk melupakan sebarang masalah yang berbangkit di dalam perhubungan kasih mereka. Fatin nekad biarlah Azlan dengan dunianya. Yang perlu Fatin lakukan sekarang ialah untuk membuktikan dan menyampaikan hajat kedua ibu bapanya untuk melihat Fatin berjaya, itu lebih penting lagi pula tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Ternyata Azlan tidak menepati janjinya. Selama lapan bulan lamanya langsung tiada ada sebarang perkhabaran dari Azlan. Selang berapa minggu lamanya tamatlah sudah Fatin menjalani peperiksaan akhirnya. Di dalam percutiannya, Fatin menghabiskan masa dengan melawat tempat-tempat yang menarik di England.

Fatin merasa gembira dan terharu setelah penantiannya selama ini membuahkan hasil yang membangakan bilamana keputusan telah diumumkan terbukti Fatin merupakan salah seorang graduan yang akan dianugerahkan sebagai graduan yang cemerlang. Lalu dikhabarkan kepada keluarga mengenai kejayaannya dan di sambut denga kesyukuran di mana Fatin akan kembali ke tanah air dalam sedikit waktu lagi.

Fatin tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu hari esok yang pasti akan mengubat kerinduannya terhadap keluarga. Fatin berasa akan kehilangan Azlan dalam hidupnya. Fatin berasa sebak bilamana setelah Fatin meraih kejayaan Azlan meninggalkan dirinya keseorangan. Oeleh kerana terlalu emosional dia tidak dapat tidur lena hingga mampu membawa Fatin terkenang peristiwa lima tahun yang lalu sewaktu perkenalan antara mereka.

Bilamana pada suatu hari apabila teman karibnya, Natasha telah mengajaknya ikut serta untuk menghadiri Majlis Ulang Tahun bagi sepupunya Azmi. Di situlah bermulanya detik perkenalan antara Fatin dan Azlan. Di majlis itu, Fatin berasa tidak senang kerana rata-ratanya para hadirin berpasangan kecuali Fatin keseorangan.

Di malam itu barulah Natasha membuat pengakuan bahawa dirinya kini telah bertunang dengan sepupunya, Azmi. Tinggallah Fatin seorang diri melayan perasaannya. Di dalam Fatin tengah mengelamun itu Fatin di datangi oleh seseorang dan menyapa Fatin hingga tanpa Fatin sedari gelas yang berisi dengan minuman 'Marinda strawberry' itu telah terlepas dari pegangan Fatin dan mengena seluar orang itu.

Lantas Fatin pun berkata, "oh ... maafkan saya saudara, kerana kecuaian saya telah mengotorkan seluar saudara," malu Fatin tiada terungkap.

"Tidak mengapa, jangan rasa bersalah ianya cuma perkara kecil saja," balas lelaki itu.

"Kalau begitu izin kan saya pergi dan terima kasih kerana memaafkan kesilapan saya," jawab Fatin.

"Tunggu ... tunggu ... bolehkah saya ambilkan segelas minuman untuk awak?" sambung lelaki itu lagi.

"Tak mengapalah, saya terpaksa pergi sekarang juga maafkan saya untuk sekian kalinya." Fatin pun segera mendapatkan Tasha dan Azmi untuk memberitahu dia akan berangkat pulang.

Tasha berasa bersalah membiarkan Fatin keseorangan lalu mengejarnya ke kereta. Dari kejauhan itu Tasha terlihat Fatin sedang berbual dengan seseorang lalu mendekati mereka. "Hai ... Azlan buat apa kau disini, mengapa tidak masuk saja ke dalam?"

"Siapa kata ... ni ... aku hendak pulang," jawab Azlan.

"Nampaknya kalian sudah saling kenal antara satu sama yang lain," Tasha mengusik.

"Tidak juga Tasha. Saya pun baru hendak tanya nama dia, kemudian awak pulak muncul mengganggu kedamaian kami," Azlan buat-buat marah.

"Ewah ... nampaknya cik abg ni ... marah, nanti kena jual," Tasha makin galak mengusik.

Fatin berasa malu diusik-usik begitu. "Tasha dan err ... saudara ... izinkan saya pergi dulu. Saya hendak cepat ni."

"Nanti dulu ... Fatin ada sesuatu yang hendakku katakan," Tasha cuba menahan Fatin.

Tapi Fatin berkeras untuk pulang. "Tasha, besok saja kita jumpa di sekolah. Saya pergi dulu, selamat malam." Fatin pun meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tergesa-gesa.

"Tasha cantiknya teman kamu itu. Nama dia Fatin?" Azlan bertanya dengan penuh minat.

"Aiseh ... dah berkenan ke?" Usik Tasha dan menyambung. "Baiklah nama sebenarnya ialah Nurfatin Rinazuriati. Kami memanggilnya Fatin sahaja."

Azlan tersenyum lebar. "Bagaimana caranya aku boleh menghubungi Fatin?"

"Azlan ... gunakanlah ... telefon!" Tasha ketawa berdekah-dekah.

"Yalah ... berapa nombor telefon Fatin?" Pinta Azlan kepada Tasha.

"Kalau itu kau mahu maafkan saja lah nanti Fatin marah padaku," jelas Tasha.

Azlan termenung sebentar. "Kalau begitu, baiklah. Tolong sampaikan salam perkenalan dariku untuknya."

"Nampaknya malam ni ada orang sudah jatuh cinta pandang pertama," Tasha mengusik Azlan.

Esoknya sewaktu rehat, Tasha berjumpa Fatin. "Hai ... Fatin aku mohon maaf mengenai semalam."

"Tasha usah diungkit lagi ianya perkara kecil sahaja. Tapi yang memalukan aku semalam ialah bila saya menumpahkan minuman ke seluar seorang tetamu kamu. Bila saya hendak ke kereta, dia menyusulku dari belakang."

"Dia teman karib Azmi ... Azlan namanya. Mereka bekerja di Kementerian Kewangan dan orangnya masih bujang lagi. Awak berkenan ke?" gelak Tasha.

"Tasha ... ke situ pulak," Fatin menjawab dan mencubit lengan Tasha.

"Fatin saya rasa Azlan sangat meminatimu, semalan dia sibuk bertanyakan perihal dirimu dan dia ingin sekali menghubungimu," Tasha memainkan peranan sebagai 'match-maker'.

"Aku mohon padamu Tasha, bukankah awak kan sedia maklum tentang kedua ibu bapaku tidak akan membenarkan saya menjalinkan sebarang perhubungan dengan lelaki."

"Ya ... memang aku maklumi tapi jika sekadar berkawan aku rasa tidak salahkan," Tasha memberi pendapat.

Wajah Fatin murung. "Entahlah mereka berpendapat biarlah saya berjaya dalam bidang pengajian terlebih dahulu barulah memikirkan tentang hati dan perasaan."

Tasha berasa kasihan melihat Fatin berwajah sedih. "Fatin ... Azlan kirim salam padamu dan dia ingin mengajakmu untuk keluar makan tengah hari bersama kami nanti."

Fatin menggelengkan kepalanya. "Terima kasih sajalah Tasha. Saya tidak dapat memenuhinya dan tolong sampaikan salamku kepadanya."

Tengah hari itu, cuma Tasha saja yang menanti kedatangan Azmi dan Azlan. Melihat tiada ada kelibat Fatin, Azlan sudah menduga Fatin tentu tidak sudi memenuhi undangannya. Sepulangan Tasha dari temujanji itu ada sejambak bunga mawar merah disertakan khas buat Fatin dari Azlan dengan membingkiskan nota yang bererti sambutlah salam perkenalan darinya.

Harapan Azlan untuk berkenalan dengan Fatin tertunai bila mana Fatin setulus ikhlas hatinya menerima pelawaan Azlan untuk makan tengah hari buat kali keduanya. Kali ini hanya mereka berdua sahaja. Azlan menjemput Fatin dari maktab. Pertemuan demi pertemuan mereka telah mesra dan saling kasih-mengasihi.

Baik Azlan mahupun Fatin mereka sudah tahu latar belakang keluarga masing-masing. Malah pertemuan dahulunya cuma sebagai kenalan kini telah bertukar sebagai sepasang kekasih. Setelah Fatin mencapai kejayaan dengan cemerlang di dalam Tingkatan Enam Atas maka Fatin tercalon untuk melanjutkan pengajiannya ke luar negeri. Bilamana Fatin membicarakan tentang niatnya untuk melanjutkan pengajian ke England, Azlan seperti tidak gembira dengan berita itu. Azlan mengatur langkah dengan keberanian untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Fatin.

Di suatu petang yang hening, tibalah Azlan dengan berpakaian segak ke rumah Fatin. Azlan di sambut mesra oleh ibu bapa Fatin.

"Assalamualaikum ... Pakcik, Makcik ...saya Azlan ... teman Fatin".

"Waalaikumsalam ... Azlan, silakan masuk dan duduk sebentar. Pakcik baru pulang dari kebun tadi dan belum selesai Sembahyang Asar," beritahu ibu Fatin.

"Apa khabar Makcik?" Azlan mudah mesra dengan keluarga Fatin yang sememangnya peramah. Setiba ayah Fatin ke ruang tamu perbualan mereka lebih hangat lagi. Azlan pun memperkenalkan dirinya kepada ibu bapa Fatin dengan lebih terperinci.

Sejak pertemuan itu, Fatin dapat merasakan ibu bapanya dapat menerima diri Azlan di dalam keluarga mereka. Sesudah Azlan diperkenalkan kepada keluarga Fatin kini giliran Fatin pula untiuk mengenali keluarga Azlan. Ternyata perhubungan mereka telah direstui oleh kedua belah pihak.

Tapi bila Azlan memberitahu tentang pihak keluarganya akan datang untuk merisik Fatin sebelum belayar ke luar negeri untuk menyambung pengajiannya, ibu bapa Fatin tidak sama sekali menyetujui hasrat Azlan itu.

"Azlan ... biarlah antara kamu dan Fatin berkawan sahaja dulu. Kamu seorang anak yang baik. Takkan lagi gunung dikejar."

Sesungguhnya Azlan berasa kecewa dengan penolakkan keluarga Fatin tetapi demi kasihnya terhadap Fatin dia terpaksa akur dan pasrah melepaskan Fatin ke luar negeri dan Azlan akan setia terus sabar menanti. Di hari keberangkatan Fatin ke England ramailah kaum keluarga dan ibu bapa Azlan turut hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Fatin. Fatin berasa sebak apalagi melihat kesayuan di wajah Azlan.

Itulah peristiwa yang berlaku pada tiga tahun yang lalu. Kini kejayaan telah Fatin capai. Mengapa Azlan menyepikan diri pula? Di dalam perjalannya ke tanah air dengan menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei barulah Fatin mampu tidur dengan lena dan mampu menenangkan fikirannya yang sedia kusut. Fatin tiba di bumi Brunei pada waktu petang dan di sambut mesra oleh kaum keluarganya yang sabar menanti kepulangannya. Di dalam perjalannya menuju ke kereta Fatin dikejutkan oleh salam dari seseorang yang setentunya amat dikenalinya.

Bila di lihat bertapa terkejutnya Fatin bahawa yang menyapanya adalah Azlan yang hadir dengan membawa sejambak bunga mawar merah. Fatin berasa malu untuk menerimanya lalu ayah Fatin mengajak Azlan supaya datang berkunjung ke rumah. Azlan meminta izin kepada ayah Fatin untuk membenarkan Fatin menaiki keretanya sahaja, terus langsung menghantarnya ke rumah Fatin. Di dalam perjalanan itu, Fatin lebih banyak menyepikan diri dari berbual kerana masih terkejut. Yang pasti Fatin dapat merasakan perubahan di dalam diri Azlan. Lagaknya seperti tidak mampu menguruskan diri sendiri. Berat mulut Fatin untuk bertanya selanjutnya.

"Fatin, mengapa mendiamkan diri sahaja?" tanya Azlan.

Fatin cuba memberi alasan. "Fatin cuma berasa letih dan ..."

"Mengapa?. Sudah tidak berasa senang dengan pertemuan ini?" Azlan menyuarakan dengan pandangan negatif.

"Azlan, Fatin bukannya bermaksud begitu. Janganlah Azlan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang ini," Fatin bersuara sayu.

"Fatin, apa maksudmu, saya tidak faham."

"Azlan, sudahlah ...nanti saja kita bincang ... Fatin letih ni."

"Baiklah, Fatin ... maafkan saya. Sememangnya ada perkara yang perlu awak ketahui mengenai diri saya, tapi biarlah bila tiba masanya nanti akan saya jelaskan kesemuanya." Fatin tersentak dengan kata-kata dari Azlan itu. Lebih mengejutkan Fatin bilamana sesampainya di rumah emaknya bertanya sudahkah Azlan menjelaskan kepadanya tentang perkara sebenar yang telah menimpa diri Azlan.

Sekembalinya ke ruang bilik tamu dengan membawa hidangan lalu Fatin cuba mencuri-curi pandang untuk menatap wajah Azlan yang selama ini dirinduinya. Fatin silap dan mengalah bilamana Azlan terlebih dahulu berbuat demikian, mata mereka bertaut seperti memberi jawapan yang pasti.

Setelah hari beransur senja, Azlan meminta diri untuk pulang. Fatin menghantar Azlan hingga ke kereta. Lantas, sebelum Fatin pergi Azlan sempat meraih tangan Fatin dan menggenggam erat tangan Fatin. Azlan menyatakan isi hatinya yang telah lama terpendam selama ini, betapa teguh perasaan kasih sayangnya terhadap diri Fatin. Bila ditanya kepada keluarga, mereka tidak mahu memberitahu sama sekali.

Fatin lemas memikirkan hal ini kerana dia menyangka Azlan telah menemui seseorang dan akan meninggalkan Fatin keseorangan dan kesepian. Selang beberapa hari kemudian. Azlan menuemui Fatin.

Mereka bertemu di suatu tempat yang sering mereka luangkan masa sewaktu lima tahun yang lalu. Azlan dengan tenang menerangkan hal sebenar. "Fatin sebenarnya ...saya tidak berlaku curang seperti yang awak sangkakan tetapi ..."

"Tetapi mengapa Azlan ...katakan sahaja walaupun ianya pahit untuk diterima."

"Fatin, malah aku takut akan kehilanganmu. Selama awak berada di England, setiaku dan rinduku hanya untukmu, tiada ada yang menggugatnya kecuali takdir," terang Azlan.

"Azlan. Saya tidak faham semuanya ini," Fatin merenung Azlan.

Azlan menarik nafas panjang. "Baiklah, mungkin awak kecewa terhadap saya bilaman di saat-saat awak tengah sibuk menghadapi peperiksaan, saya langsung tidak memberi sebarang khabar dariku yang sebenarnya ..."

"Azlan katakan dengan sejelas-jelasnya," pinta Fatin.

"Fatin ...sebenarnya saya telah cacat, saya telah mengalami kemalangan jalan raya pada sembilan bulan yang lalu dan kini telah hilang pekerjaan. Selama tujuh bulan saya di rawat di hospital," Fatin sudah tersedu-sedu mendengar penjelasan dari Azlan.

"Fatin, masihkah awak menganggap saya sebagai kekasihmu setelah mengetahui diri ini telah cacat dengan memakai kaki palsu di sebelah kiriku?"

"Azlan, sudahlah ...cukup ... jangan di teruskan lagi saya berasa sedih mendengarnya. Azlan ...kasih sayangku terhadapmu takkan berubah sama sekali, walaupun setelah saya mengetahui keadaan diri awak yang sebenarnya."

Fatin menyambung, "bukannya saya melihat kekurangan dirimu tetapi saya menilai betapa suci dan ikhlasnya hati awak terhadap diri ini," Fatin meluahkan perasaan.

Kini barulah Azlan merasakan kedamaian dan ketenangan setelah sekian lamanya berperang dengan perasaannya sendiri memikirkan Fatin akan meninggalkan dirinya terkapai-kapai keseorangan walaupun berjanji akan bersama. Azlan bersemangat semula untuk mengendalikan perniagaan milik keluarganya sebagai pekerjaan tetapnya. Manakala Fatin pula bekerja sebagai Juruaudit di salah sebuah bank terbesar di ibu negara.

Selang beberapa bulan kemudian, berlangsunglah majlis pernikahan antara Azlan dan Fatin. Termeterailah sudah perhubungan suci mereka dengan ikatan suami isteri yang sah. Lebih menggembirakan mereka bilamana lahirnya anak sulung mereka yang di beri nama Nursyakilla Rinazuriana binti Azlan sebagai pengikat kasih keduanya.

Setelah enam tahun berlalu, perniagaan milik keluarganya telah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ibu bapa Azlan mencadangkan supaya Azlan dan Fatin berkongsi menubuhkan sebuah perniagaan kedai makan yang di beri nama Restoran Fatinnazlan.

Azlan yang bertanggungjawab sepenuhnya di dalam mengusahakan perniagaan kedai makan mereka memandangkan Fatin sibuk dengan pekerjaan di bank. Kini mereka hidup bahagia, di samping tiga orang cahayamata kesayangan mereka.


4:30 PM



Happy National day evryone


enjoy ure national day


4:19 PM


stat kaja 16/02

den my cuti the staff ada trip k bangkok so i get my holiday

21/2 - 24/2

yea....bebas dpt bngun akhir...



to my Sayang:

Thanx sayang ah dangni me lunch tiap ari ah
sayang,
wlauapa2 pun me ttp sokong syg
me jdi tiang utk lurus kn syg
me ttp diri d blkang syg
wat i wnt u 2 do syg kuat kn smangat ah..
do dis 4 me syg...
i Lov u sooo much sayang
if u ned someting jst tell me ah..
dnt me shy
am ure truly wife
miz u bby
*hug*



Disclaimer ♥

Welcome to my blog
NO spamming or ripping
Love me, please stay <3
Hate me? Go away then! <|3

1 And Only ME ♥


♥ All my details
As you all know,my name H'Amal hjL
Become older every 13th January
I have taken by "my Huby Mamat".I love u syang
Very simple,not realy into Fashion
And hey,welcome to my blog


My drems♥

♥ I wnat my Huby always
♥ Go to Hong kong
♥ I realy2 want to hug Gaint Panda<33
♥ I wnat my sister back from UK
♥ High heels,i love high heels

Lalala♥

Recommend MixPod :D

Chit Chat ♥

Recommend Cbox :D

:B






Thanks to♥

Designer : Sher Rhie ♥
Designer : _mad@gasca-R♥
Basecodes : JiaXuan ♥
BlogSkin Acc : %{TheLastKiss.

Do Not Remove The Credits =D